Wednesday, 11 April 2012

kromosom ? apa tu ? macam pernah dengar je ?

untuk tugasan kali ni , kami ditugaskan untuk menyiasat tentang kromosom . manusia biasanya mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang kromosom . kromosom ni boleh dikatakan sebagai DNA untuk mengecam seseorang . setiap anak akan ada persamaan dengan ibubapanya . kromosom merupakan alat pewarisan ibubapa kepada generasinya .
hehe . sama tak kami berdua ? ni abah saya encik hazwari bin othman :D
ni pun gambar yang ditangkap tanpa persediaan . haha


kromosom diploid dan haploid

    Diploid ialah sebutan untuk sel atau individu yang mempunyai sel dengan dua set genom. setiap genom dalam sel,berpasangan dengan homolognya mengikut ukuran panjang kromosom.persenyawaan sel-sel gamet yang haploid akan membentuk sel diploid .  Dalam pembiakanseksual gamet-gamet menghasilkan keturunan yang membawa sifat genetik dari peleburan gamet-gamet tersebut (umumnya dikenali sebagai gamet jantan dan gamet betina )  jumlah kromosom sel haploid disingkat (n), sedangkan diploid (2n) kerana ia merupakan kelipatan jumlah set kromosom dasar atau disebut popiploid yang euploid .  Sel-sel yang diploid dapat membelah menjadi sel-sel diploid melalui proses mitosis dan membentuk struktur somatik . Hal ini boleh berlaku kerana kromosom bereplikasi sebelum sel membelah. Melalui mitosis sel akan mempertahankan jumlah set kromosomnya sehingga sel yang baru terbentuk mempunyai jumlah kromosom yang sama dengan kromosom sel asalnya. 
    Sel diploid dapat menghasilkan sel yang haploid dengan proses meiosis untuk membentuk sel gamet. Peristiwa ini terus berlaku melalui proses pembiakan dan persenyawaan hingga membentuk suatu kitaran yang berterusan jika individu terus tumbuh dan berkembang biak. 

    Haploid bererti individu dengan separuh jumlah genom sel normal .keadaan sel separuh jumlah genom sel normal, biasa dilambangkan dengan x = n .
    Sel-sel kelamin ( gamet ) selalu haploid akibat proses meiosis (pembelahan penurunan) yang mendahului pembentukannya. Individu haploid boleh didapati di alam, biasanya kerana dihasilkan dari partenogenesis , seperti pada beberapa kutu air dan lebah pekerja. Tumbuhan haploid sangat jarang ditemui. Individu haploid biasanya tidak mampu membiak secara normal, mandul , atau hanya secara vegetatif .
Individu haploid boleh dibuat dengan melakukan kultur rangkaian dari sel-sel gamet. Individu ini biasanya juga mandul. Aplikasi zat tertentu, biasanya kolkisin , dapat menggandakan jumlah genom dan menghasilkan individu dengan jumlah genom normal (dikenali sebagai haploid ganda atau doubled-haploid ) sehingga mampu membiak seperti biasa.

  • manusia : 46 kromosom atau 23 pasang kromosom
  • kucing : 38 kromosom
  • katak : 26 kromosom
  • kubis : 18 kromosom
  • bawang : 16 kromosom



baiklah , sekian saja post saya untuk hari ini

dah baca ? comment la pulak :D

5 comments:

copyright 2012 , made by diyana dalila