Sunday, 29 April 2012

Fasa 2: Peningkatan Asas aktiviti 3 dan 4

okayy , kali ni pulak , saye kena terangkan tentang aktiviti 3 dan 4 pula. alahaii , macam mencabar je soalan dia -_-


1. Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 3 dan Aktiviti 4?
( 100 patah perkataan)


   banyak perkara yang saya keliru berkenaan kromosom  . antaranya ialah , kenapa bilangan kromosom antara manusia , haiwan dan tumbuhan lain berbeza ? apakah yang akan terjadi jika , bilangan kromosom manuasia terlebih atau terkurang ? adakah dia akan menjadi cacat ? adakan bilangan kromosom didalam setiap tubuh kucing sama atau pun berbeza-beza?

2. Apakah tanggapan pertama anda mengenai Kromosom? (100 patah perkataan)

   sewaktu pertama kali saya melihat gambar kromosom, saya menyangka ia adalah beberapa ekor cacing . cacing yang sangat kecil dan terdapat didalam badan kita . tetapi , rupa-rupanya sangkaan saya salah . selepas saya baca sedikit sebanyak informasi tentang kromosom , barulah saya tahu.

3.Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Kitar sel? ( 150 patah perkataan)

    Sel mengalami satu kitar hidup bermula dari peringkat satu sel sehinggalah ke peringkat di mana sel ini membahagi dan menghasilkan dua sel anak; kitar hidup ini disebut kitar sel. (Bagi manusia, kitar sel berlangsung selama 8 hingga 24 jam). Setiap kitar sel bagi sesuatu organisma terdiri daripada 2 fasa, iaitu interfasa dan fasa M/ pembahagian sel mitosis diikuti oleh sitokinesis berlaku.


    Peringkat interfasa juga dikenali sebagai peringkat rehat dan merangkumi 90% daripada kitar sel. Interfasa merupakan peringkat sebelum mitosis bermula di mana sel menggandaduakan bahan genetiknya sebagai persediaan untuk pembahagian sel. Peringkat ini boleh dibahagikan kepada tiga subfasa, iaitu: Peringkat G1 (pertumbuhan pertama)-- pertumbuhan sel dengan penghasilan protein serta organel baru, Peringkat S (sintesis)-- sintesis DNA berlaku dan kromosom mereplikasi, Peringkat G2 (pertumbuhan kedua)-- sel menjalankan respirasi secara giat untuk menghasilkan banyak tenaga untuk pembahagian sel yang bakal berlaku dan membentuk organel baru. Pada peringkat akhir interfasa, nukleus kelihatan besar, kromosom tidak jelas kelihatan dan menyerupai bebenang halus yang panjang (jalinan kromatin). 

    Pertumbuhan sel secara aktif dengan penghasilan sitoplasma, protein dan organel baru. Fasa ini penting kerana pada fasa ini, sel akan menentukan sama ada akan meneruskan kitar hidup yang seterusnya. Jika keadaan sesuai atau baik, sel akan memasuki fasa sintesis.Dalam fasa ini, kromosom amat halus, terburai, dan tidak dapat dilihat menerusi mikroskop cahaya. Dalam keadaan ini, kromosom dinamakan kromatin. Rantai DNA yang tidak berpintal memudahkan sintesis protein berlaku.
    Sintesis DNA (bahan genetik) berlaku. Setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid yang seiras. Akibat replikasi, setiap kromosom terdiri daripada dua kromosom seiras yang disebut kromatid. Dua kromatid tersebut berpaut di sentromer.
Melibatkan aktiviti metabolisme dan peringkat pertumbuhan yang seterusnya. Sel membuat persiapan terakhir untuk membahagi. Protein dan enzim yang diperlukan dalam pembahagian sel disintesiskan.
Proses mitosis boleh dibahagikan kepada 4 fasa/ peringkat iaitu: Profasa, Metafasa, Anafasa, dan Telofasa. Sebelum mitosis bermula, sel berada dalam peringkat interfasa

4.Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai kromosom yang anda dapat
kaitkan dalam kehidupan anda? ( 50 patah perkataan)

    Dalam kehidupan kita sehari-hari sering mendengar kata ujianDNA, tanaman hasil kejuruteraan genetik, dan penyakit-penyakitkelainan yang disebabkan rosaknya sel kromosom.Test DNAbelakangan ini semakin popular dan yang digunakan untukmengenalpasti seseorang, baik untuk megetahui jasad yang meninggal akibat bencana seperti terbakar , sudah menjadi tulang,atau bahkan ujian DNA digunakan juga untuk mengetahui kebenaran antara anak dan orang tua. perkara tersebut berkait dengan kromosom , gen dan DNA .



dah baca ? comment la pulak :D

No comments:

Post a Comment

copyright 2012 , made by diyana dalila