Sunday 29 April 2012

Fasa 2: Peningkatan Asas aktiviti 3 dan 4

okayy , kali ni pulak , saye kena terangkan tentang aktiviti 3 dan 4 pula. alahaii , macam mencabar je soalan dia -_-


1. Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari Aktiviti 3 dan Aktiviti 4?
( 100 patah perkataan)


   banyak perkara yang saya keliru berkenaan kromosom  . antaranya ialah , kenapa bilangan kromosom antara manusia , haiwan dan tumbuhan lain berbeza ? apakah yang akan terjadi jika , bilangan kromosom manuasia terlebih atau terkurang ? adakah dia akan menjadi cacat ? adakan bilangan kromosom didalam setiap tubuh kucing sama atau pun berbeza-beza?

2. Apakah tanggapan pertama anda mengenai Kromosom? (100 patah perkataan)

   sewaktu pertama kali saya melihat gambar kromosom, saya menyangka ia adalah beberapa ekor cacing . cacing yang sangat kecil dan terdapat didalam badan kita . tetapi , rupa-rupanya sangkaan saya salah . selepas saya baca sedikit sebanyak informasi tentang kromosom , barulah saya tahu.

3.Sila buat ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai Kitar sel? ( 150 patah perkataan)

    Sel mengalami satu kitar hidup bermula dari peringkat satu sel sehinggalah ke peringkat di mana sel ini membahagi dan menghasilkan dua sel anak; kitar hidup ini disebut kitar sel. (Bagi manusia, kitar sel berlangsung selama 8 hingga 24 jam). Setiap kitar sel bagi sesuatu organisma terdiri daripada 2 fasa, iaitu interfasa dan fasa M/ pembahagian sel mitosis diikuti oleh sitokinesis berlaku.


    Peringkat interfasa juga dikenali sebagai peringkat rehat dan merangkumi 90% daripada kitar sel. Interfasa merupakan peringkat sebelum mitosis bermula di mana sel menggandaduakan bahan genetiknya sebagai persediaan untuk pembahagian sel. Peringkat ini boleh dibahagikan kepada tiga subfasa, iaitu: Peringkat G1 (pertumbuhan pertama)-- pertumbuhan sel dengan penghasilan protein serta organel baru, Peringkat S (sintesis)-- sintesis DNA berlaku dan kromosom mereplikasi, Peringkat G2 (pertumbuhan kedua)-- sel menjalankan respirasi secara giat untuk menghasilkan banyak tenaga untuk pembahagian sel yang bakal berlaku dan membentuk organel baru. Pada peringkat akhir interfasa, nukleus kelihatan besar, kromosom tidak jelas kelihatan dan menyerupai bebenang halus yang panjang (jalinan kromatin). 

    Pertumbuhan sel secara aktif dengan penghasilan sitoplasma, protein dan organel baru. Fasa ini penting kerana pada fasa ini, sel akan menentukan sama ada akan meneruskan kitar hidup yang seterusnya. Jika keadaan sesuai atau baik, sel akan memasuki fasa sintesis.Dalam fasa ini, kromosom amat halus, terburai, dan tidak dapat dilihat menerusi mikroskop cahaya. Dalam keadaan ini, kromosom dinamakan kromatin. Rantai DNA yang tidak berpintal memudahkan sintesis protein berlaku.
    Sintesis DNA (bahan genetik) berlaku. Setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid yang seiras. Akibat replikasi, setiap kromosom terdiri daripada dua kromosom seiras yang disebut kromatid. Dua kromatid tersebut berpaut di sentromer.
Melibatkan aktiviti metabolisme dan peringkat pertumbuhan yang seterusnya. Sel membuat persiapan terakhir untuk membahagi. Protein dan enzim yang diperlukan dalam pembahagian sel disintesiskan.
Proses mitosis boleh dibahagikan kepada 4 fasa/ peringkat iaitu: Profasa, Metafasa, Anafasa, dan Telofasa. Sebelum mitosis bermula, sel berada dalam peringkat interfasa

4.Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai kromosom yang anda dapat
kaitkan dalam kehidupan anda? ( 50 patah perkataan)

    Dalam kehidupan kita sehari-hari sering mendengar kata ujianDNA, tanaman hasil kejuruteraan genetik, dan penyakit-penyakitkelainan yang disebabkan rosaknya sel kromosom.Test DNAbelakangan ini semakin popular dan yang digunakan untukmengenalpasti seseorang, baik untuk megetahui jasad yang meninggal akibat bencana seperti terbakar , sudah menjadi tulang,atau bahkan ujian DNA digunakan juga untuk mengetahui kebenaran antara anak dan orang tua. perkara tersebut berkait dengan kromosom , gen dan DNA .



dah baca ? comment la pulak :D

Peringkat 2: Peneguhan 1: Peningkatan Pengukuhan Sel

yeaa ! dah sampai keperingkat 2 rupanya .kejap jee . untuk tugasan ni , cikgu ade bagi beberapa soalan untuk saye jawab . jadi , saya kenalah jawab . haha


Apakah kekeliruan yang kamu hadapi semasa mempelajari mengenai sel?
( sila nyatakan sekurang-kurangnya satu kekeliruan dan huraikan melebihi 50 patah perkataan)

    okay , antara kekeliruan yang saya hadapi semasa mempelajari tentang sel ialah saya keliru nama-nama sel dan fungsinya .selepas saya siapkan tugasan tu , barulah saya tahu yang terdapat banyak jenis-jenis sel . lagilah membuatkan saya bertambah keliru .


Apakah  tanggapan pertama anda mengenai sel?
( sila nyatakan  sekurang-kurangnya satu Tanggapan dan huraikan melebihi 50 patah perkataan )

    tanggapan pertama saya terhadap sel ialah ianya merupakan benda yang kecil dan comel . contohnya , sel darah merah . sel darah merah mempunyai bentuk yang sangat comel . ia berbentuk doh yang saye buat masa nak buat donut . badan kita menghasilkan banyak sel darah merah tanpa kita sedari . sel darah merah merupakan sel yang penting untuk badan kita.

Sila buat  ringkasan apa yang telah dipelajari mengenai sel?
(sekurang-kurangnya 100 patah perkataan)

    selepas saya belajar mengenai sel , saya dapat tahu yang badan kita menghasilkan beribu-ribu sel dari masa ke semasa. saya juga tahu yang sel juga ada didalam setiap benda-benda hidup , termasuklah tumbu-tumbuhan. didalam badan kita bukan sahaja satu jenis sel , tetapi banyak . antaranya , sel darah merah , sel darah putih , sel kulit dan banyak lagi . macam yg cikgu cakap , kalau kita luka sedikit pun , beribu-ribu sel darah merah yang akan keluar . memang kesian betul sel darah merah .

Setelah anda mempelajari sel, adakah pengetahuan mengenai sel yang anda dapat kaitkan dalam kehidupan anda?

sepanjang kita hidup , berjuta-juta sel akan mati dan digantikan dengan yang baru . jadi , kita seharusnya makan makanan yang sihat untuk membantu proses pertukaran sel tersebut. lebihkan makanan bersayur seperti kobis dan sayur sayuran hijau yang lain :)








dah baca ? comment la pulak :D

Thursday 19 April 2012

meiosis dan mitosis . hebat !

okay , untuk post kali ni , cikgu ade suruh saya tengok video tu . bahagian yang saya suka ialah ketika , bayi didalam perut tu sudah boleh bergerak . comel sangat :)

kepentingan meosis :



  • Menghasilkan variasi genetik; kombinasi gen yang banyak wujud akibat daripada pindah silang antara kromatid serta susunan dan pengasingan kromosom.  
  • Memastikan gamet yang terhasil adalah haploid, iaitu bilangan kromosomnya separuh daripada bilangan kromosom induk; maka, meiosis menjamin zigot diploid dikekalkan.
  • Membolehkan gamet jantan atau gamet betina dihasilkan dalam satu individu.

artikel tentang kes buang bayi 
BALING 12 Okt. – Seorang bayi lelaki baru lahir berbalut dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini.
Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.
Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya.
Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.
Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.
Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui pada jarak tiga kaki dari mereka berdiri.
Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan taska terbabit, dua guru terbabit membuat siasatan hingga menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu.
Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, Amelia Shatirah Dorahim berkata, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik taska membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mohd. Daut Md. Hasan mengesahkan, polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. – BERNAMA

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13. Bayi seperti ini tidak didaftar di Pejabat Pendaftaran. Adapunyang didaftarkan tahun lepas, bilangan bayi Melayu luar nikah adalah seramai lebih dari 17,000 orang !!, purata setiap negeri lebih 1000 orang !! Dan 5 lalu lalu berjumlah hampir 80,000 bayi Melayu-luar-nikah !!

 ~sekian ~

dah baca ? comment la pulak :D

Wednesday 18 April 2012

meiosis ?

okay , hari ni pulak nak cerita pasal meiosis. nak tau tak ape tu meiosis ? mari kita belajar sama-sama

Meiosis merupakan salah satu kaedah pembiakan asekual yang berlaku dalam tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan zuriat yang dapat mewarisi ciri-ciri genetik daripada induk.
Meiosis adalah proses pembahagian sel-sel pembiakan bagi menghasilkan gamet-gamet yang bilangan kromosomnya adalah separuh (haploid) berbanding sel induknya (diploid).
Untuk haiwan dan manusia, meiosis hanya berlaku di:
  • testis (organ lelaki) semasa penghasilan sperma (haploid).
  • ovari (organ perempuan) semasa penghasilan ovum (diploid)
Bagi tumbuhan, meiosi berlaku di:
  • anter - debunga
  • ovari - ovul

1- meitosis terbahagi kepada dua pembahagian sel :


  1. meiosis I (pembahagian nukleus pertama)
  1. meiosis II (pembahagian nukleus kedua)
2- setiap pembahagian sel terbahagi kepada empat fasa :


Meiosis  I
Meiosis II
Profasa I
Profasa II
Metafasa I
Metafasa II
Anafasa I
Anafasa II
Telofasa I
Telofasa II
3- Sebelum meiosis bermula, sel melalui peringkat interfasa, iaitu peringkat rehat.
4 - Semasa interfasa:

  1. Kromosom tidak jelas dan wujud sebagai jalinan kromatin.
  2. Setiap kromosom mereplikasi, iaitu mengganda dua kandungan bahan genetiknya.
  3. Sentriol mengganda dua pada sel haiwan.
5- Huraian ringkas tentang proses meiosis dapat dilihat pada jadual di bawah ini:
Peringkat Meiosis
Keterangan
(a)
Interfasa
 
i.
Sel menjalankan aktiviti normal.
ii.
Kromosom kelihatan seperti bebenang panjang dan halus.
(b)
Profasa I
 
i.  
Kromosom memendek dan menebal.
ii.
Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen.
iii.
Kromatid menjadi kian jelas
iv.
Proses pindah silang berlaku antara kromatid-kromatid bagi kromosom homolog.
v.
Tempat silangan kromatid dinamai kiasma
vi.
Gelendung terbentuk di dalam sitoplasma.
(c)
Metafasa I
 
i.
Membran nukleus menghilang.
ii.
Bivalen menyusun di satah khatulistiwa dengan sentromer terikat pada gelendung.
iii.
Setiap kromosom dalam satu bivalen diarahkan menuju ke kutub yang bertentangan.
(d)
Anafasa I
 
i.
Pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan akibat pemendekan gelendung.
(e)
Telofasa I
 
i.
Kromosom tiba di kutub masing-masing.
ii.
Gelendung menghilang.
iii.
Sitokinesis pembahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan membran sel nukleus.
iv.
Membran nukleus baru terbentuk dan nukleolus muncul semula.
(f)
Interkinesis
i.
Peringkat rehat yang singkat. (Biasanya tidak berlaku)
ii.
Replikasi DNA tidak berlaku.
(g)
Profasa II
 
i.
Kromosom memendek dan menebal.       
ii.
Kromatid kian jelas kelihatan.
iii.
Gelendung terbentuk biasanya pada sudut tepat dengan pembentukan gelendung pertama.
(h)
Metafasa II
 

i.
Membran nukleus menghilang.
ii.
Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
iii.
Kromatid-kromatid terikat pada gelendung dengan sentromer.
(i)
Anafasa II
 

i.
Gelendung mengecut dan menarik kromatid-kromatid bagi setiap kromosom ke arah yang bertentangan.
(j)
Telofasa II
i. 
Kromatid-kromatid sampai ke kutub.
ii.
Gelendung menghilang.
iii.
Membran nukleus dan nukleolus muncul semula.
iv.
Sitokinesis berlaku dengan menghasilkan dua sel anak daripada setiap sel anak yang dihasilkan dalam meiosis I.
v.
Empat sel anak yang haploid terbentuk.

RUMUSAN : PETA MINDA


comelnye baby ni . geram tengok dia :)


dah baca ? comment la pulak :D

Saturday 14 April 2012

mitosis tidak terkawal ? tidakkk !

kanser servik
okay , ngerinya . takut nak tengok .
  • apakah kanser servik ?


o Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
* Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
* Ia boleh terbahagi kepada :
o Peringkat awal
+ Berlaku di sekitar servik
o Peringkat lewat
+ Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
+ seperti paru-paru melalui sistem aliran darah

* Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
* Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
* Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
* 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
* 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

  • penyebab kanser tersebut :

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

* Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
* Mempunyai pasangan seks berbilang
* Mengandung lebih dari 5
* Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
* Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
* Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
* Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

  • apakah rawatan yang disediakan ?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

* Pembedahan
* Radioterapi
* Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

itu la serba sedikit tentang kanser yang paling saya geruni , kanser servik . sekian ~



dah baca ? comment la pulak :D

Friday 13 April 2012

mitosis ? ape benda pulak tu ?

okay , hari ini saye nak cerita serba sedikit tentang mitosis . macam pernah dengar je kan ? okay , mari kita mulakan :

  • Mitosis adalah proses di mana sel eukariot memisahkankromosom dalam nukleus sel ke dalam dua set yang serupa, dalam dua nukleus berasingan.
  • proses ini mempunyai empat fasa . berikut adalah fasa-fasa dalam mitosis :

profasa


  • Kromosom menjadi bergelung lebih dan boleh dilihat di bawah mikroskop cahaya.
  • nucleolus hilang semasa peringkat profasa.
  • Dalam sitoplasma, gelendong mitosis, yang terdiri daripada microtubules dan protein lain, bentuk antara kedua-dua pasang centrioles kerana mereka berpindah ke kutub yang bertentangan sel.
  • envelope nuklear hilang di akhir peringkat profasa. Inimenandakan permulaan substage yang dipanggil prometaphase itu.

metafasa



  • Membran nuklear hilang sepenuhnya.
  • Dalam sel-sel haiwan, pasangan dua daripada centrioles sejajar pada kutub yang bertentangan sel.
  • Gentian kutub (microtubules yang membentuk gentian gelendong)terus melanjutkan dari kutub ke pusat sel.
  • Kromosom bergerak secara rawak sehingga mereka melampirkan(pada kinetochores mereka) kepada gentian kutub dari kedua-dua belah centromeres mereka.
  • Kromosom menjajarkan pada plat metafasa yang pada sudut tepatkepada kutub gelendong.
  • Kromosom diadakan di plat metafasa oleh daya yang samagentian kutub menolak pada centromeres kromosom.
anafasa

  • Anafasa bermula apabila centromeres diduplikasi pada setiap pasangan kakak Kromatid berasingan, dan kromosom kini-anak perempuan mula bergerak ke arah kutub yang bertentangan selakibat tindakan gelendong.
  • Bergantung mana centromere yang terletak di sepanjangkromosombentuk ciri-ciri muncul semasa pergerakan kromosom.
  • Kedua-dua yang ditunjukkan di atas memberikan V dan bentuk J.

  • Pada akhir anaphasesatu set lengkap kromosom telah dipasang di tiang setiap sel.
telophase
Kromosom berkumpul di set pada dua batang tiang.


  •  Kromosom ini mula menguraikan dan akhirnya mengambil alihciri-ciri keadaan lanjutan interfasa.
  • Satu envelope pembaharuan nuklear setiap sekeliling setkromosom, gelendong itu akan hilang, dan pembaharuan nucleolus.Pembahagian nukleus oleh mitosis lengkap pada ketika ini.
  • Cytokinesis, pembahagian sitoplasma, biasanya adalah dalamkemajuan sebelum pembahagian nukleus adalah lengkap. 
  • Dalam sel-sel haiwan, cytokinesis melibatkan pembentukan belahan galur untuk membelah sel kepada dua.


ni ade komik pasal mitosis :)
















dah baca ? comment la pulak :D

copyright 2012 , made by diyana dalila